Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Janji Raya Bersama, Suami Isteri Baru 3 Bulan Kahwin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Suami Isteri Baru 3 Bulan Kahwin Meninggal

Pasangan suami isteri baru 3 bulan kahwin meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pada Sabtu.

Memetik laporan Sinar Harian, Mangsa, Mohamad Shahrul Nizam Ali, 24, dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23, mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Suami Isteri Baru 3 Bulan Kahwin Meninggal Dunia

Menurut ibu saudaranya, Nur Nabila Huda Syawal, 23, pasangan itu baru tiga bulan mendirikan rumah tangga dan bersanding pada 4 Januari.

“Allah pinjamkan mereka seketika sebelum menjemput kedua-duanya bersama.
“Masuk bulan ini, usia perkahwinan mereka genap tiga bulan. Arwah Shahrul berasal dari Sri Lalang, Kluang dan pasangan itu menetap di Mersing,” katanya.

Artikel lain: Salah Faham Di Simpang Jalan, Lelaki Berjubah Disyaki Kasari Pelajar Hingga Cedera Hidung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenang detik terakhir sebelum kejadian, Nur Nabila berkata arwah hanya memberitahu ingin membawa isterinya ke Kuala Lumpur.

“Mereka hanya beritahu mahu ke Kuala Lumpur, mungkin untuk membeli baju raya. Tak sangka, itu perjalanan terakhir mereka bersama,” katanya.

Menurutnya, Shahrul Nizam, penyelia ladang sawit di Mersing, dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab, rajin bekerja, dan sentiasa melindungi keluarganya.

Jenazah Mohamad Shahrul selamat dikebumikan di Sri Lalang, Kluang, manakala isterinya, Norsuhada Kartika, disemadikan di Mersing.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, kereta dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas, merempuh penghadang lebuh raya, dan melintang di laluan sebelum dirempuh sebuah SUV dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, memaklumkan kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd