Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Isteri Ditahan Kes Langgar Dan Seret Pemandu Towing

Sepasang suami isteri ditahan pada Ahad berhubung kes langgar dan cubaan bunuh seorang pemandu trak tunda atau ‘towing’ di Bandar Teknologi Kajang, dalam kejadian Jumaat lalu.

Suami isteri ditahan kes langgar pemandu ‘towing’

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan kejadian pada petang Ahad daripada seorang wanita berusia 63 tahun.

suami isteri ditahan

Foto: Utusan

“Pengadu menerima panggilan daripada anak lelakinya yang berusia 42 tahun mengatakan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan sehingga cedera dan tidak boleh bergerak.
“Pengadu kemudian terus ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel lain: Pemandu SUV Mercedes Benz Mengaku Tak Bersalah Langgar Lari

Naazron berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu video rakaman kamera papan pemuka dashcam sebuah kenderaan awam berjaya merakamkan kejadian tersebut.

“Rakaman itu memaparkan sebuah kenderaan warna hitam dengan sengaja melanggar mangsa yang turun dari trak tunda dipandunya sebelum diseret ke atas pembahagi jalan, lalu suspek melarikan diri dengan kenderaan tersebut,” ujarnya.

Susulan itu, beliau berkata sepasang suami isteri warga tempatan berusia 73 dan 65 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek lelaki telah direman sehari, manakala permohonan reman isterinya ditolak. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd