Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami Hadiahkan Isteri Tanah Di Bulan, Beli Pada Harga RM562 Je!

Seorang lelaki dari dari Jhargram, Bengal Barat, India telah menunaikan janjinya dengan menghadiahkan isterinya tanah di bulan seperti mana yang dijanjikan dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan India Today, lelaki yang dikenali sebagai Sanjay Mahato telah menghadiahkan insan tersayangnya itu sebidang tanah di bulan atas nama wanita terbabit.

Difahamkan, Sanjay membeli tanah tersebut pada harga berharga 10,000 rupee (RM562) selepas kejayaan misi Chandrayaan-3, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Sanjay percaya bahawa satu hari nanti dia boleh membawa isterinya ke bulan suatu hari nanti selepas berjaya membeli tanah di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya membeli satu ekar tanah di Bulan untuknya (isteri),” kata Sanjay.

Malah, keseluruhan proses yang diperlukan Sanjay sebelum mendapatkan kertas pendaftaran dengan label ‘tuntutan dan surat ikatan berdaftar untuk hartanah di Bulan’ hanya setahun sahaja.

Bagi Sanjay, tanah di bulan tersebut merupakan hadiah paling bermakna baginya sempena sambutan pertama hari ulang tahun isterinya selepas mereka berkahwin.

Sumber: India Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd