Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Suami Dinda Terlalu ‘Sweet’ Buat Netizen Lupa Cara Nak Bernafas

Pelakon terkenal Indonesia, Nyimas Khodijah Nasthiti Adinda atau lebih dikenali sebagai Dinda Hauw berkongsi perkembangan kandungan anak keduanya kini dalam keadaan baik.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @reydindas_family di laman TikToknya, kelihatan Dinda dan suaminya, Rey Mbayang sedang temu bual bersama pengamal media di sebuah majlis.

@reydindas_family

Detail itu Sayang Rey Ke Dinda #reymbayangdindahauw #dindahauwreymbayang #reydinda #dindahw #shaka

♬ CASABLANCA – Arabic Version – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang menarik perhatian netizen, ketika ditanya mengenai usia kandungannya, Dinda seakan tidak pasti dengan perkara tersebut namun, Rey mengatakan usia kehamilan isterinya itu sudah mencecah hampir enam bulan

Jawapan spontan Rey telah membuatkan Dinda serta orang yang berada pada ketika itu terkejut kerana Rey sangat peka mengenai hal rumah tangga.

Cemburunya! Menyesal buka TikTok hari ini

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu apabila melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan itu.

Nak juga suami macam itu!

Malah, ramai wanita yang turut mengimpikan suami seperti Rey yang dilihat sangat menyayangi isterinya dan netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu bahagia hingga ke syurga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @reydindas_family

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memberi penekanan terhadap pembangunan teknologi dan inovasi tempatan sebagai langkah memperkukuh keupayaan pertahanan negara, selain mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing....

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd