Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Derma Buah Pinggang Kepada Isteri – “Dia Berhak Hidup Sihat Seperti Orang Lain”

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari menjadi bualan hangat ramai apabila dia mendermakan buah pinggang kiri untuk isteri,  Nurul Hasanah Salim menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Bukhari membuat keputusan tersebut kerana menganggap isterinya berhak untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sihat dan bahagia seperti orang lain.

“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” ujarnya.

Menceritakan kembali mengenai kisah kehidupannya, Hasanah mengalami komplikasi teruk pada buah pinggang selepas seminggu menjadi isteri kepada Bukhari.

Tidak dapat dinafikan, Bukhari amat terkesan dengan berita sedih tersebut namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enggan untuk melihat Hasanah terus menjalani dialisis, dia telah membuat keputusan untuk menjadi penderma buah pinggang untuk isterinya selepas mendapat persetujuan daripada doktor.

“Dulu saya bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan cucian namun ambil keputusan berhenti kerja kira-kira dua bulan selepas berkahwin.
“Saya kemudian berniaga keropok lekor atas jenama sendiri, Hasbuq Lekor kerana nak beri tumpuan kepada isteri dan menemaninya ke pusat dialisis.
“Ikutkan kami tak sempat pergi berbulan madu kerana selepas seminggu kahwin, isteri tunjukkan simptom badan berasa sejuk, tak larat, menggigil dan nak muntah.
“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” katanya.

Bahkan, Bukhari turut mengakui berasa gementara pada awalnya untuk menjalani pemindahan organ tersebut, namun dia tetap tetap cekal demi menyelamatkan nyawa insan tersayang.

Dalam perkembangan lain, Bukhari mendedahkan keadaan kesihatan isterinya sudah bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd