Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Berulang Kali Curang, Siap Beraya Dengan Skandal – “Kawan2 Pun Pandai Sorok”

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan teman wanita simpanannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita dengan nama pengguna Sshzlin Elyanis telah memuat naik luahan hatinya serta kisah kecurangannya suaminya.

Suami berulang kali curang

Suami Berulang Kali Curang

Menurut wanita tersebut, dia mula mengetahui tentang kecurangan suaminya sekitar bulan Oktober 2024 dengan seorang wanita dari Penang walaupun tidak mempunyai sebarang bukti kukuh.

“Pada bulan Oktober 2024, dia sudah pun curang dengan perempuan dari Penang, siap keluar berdua-duaan walaupun masa itu saya belum ada bukti. Bila ada bukti pun, hanya dia berbual mesra dalam panggilan video,” katanya.

Tambahnya, dia juga telah datang ke Penang dan menyerang perempuan simpanan itu, namun pada ketika itulah dia telah diceraikan oleh suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak kejadian tu, memang tak berhubung tapi suami pujuk rayu sehingga saya sanggup berbaik walaupun terluka. Sebab anak sanggup seksa diri.
“Tunggu tarikh mahkamah nak sahlan lafaz pada bulan Disember. 17 Disember 2024 selesai kes mahkamah, kami balik dan tidur elok-elok,” ujarnya.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak bertahan lama selepas suaminya tiba-tiba menghilangkan diri pada hujung bulan Disember 2024.

Ujar wanita itu, rupanya suaminya telah menyambut tahun baru dengan seorang perempuan yang baru dia kenali sehingga langsung tidak menghubungi dirinya dan anak-anak.

Suami berulang kali curang, siap pergi konsert bersama skandal

“Baru je berbaik dengan anak isteri. Bermula pada 26 Disember 2024 sampai Tahun Baru, tak tahu kat mana sampai tahap pergi check in hotel dan bawa tidur kat flat.
“Siap pergi konsert, makan sana sini sedangkan anak bini percaya yang dia sibuk berkerja 24 jam sampai tak ada masa nak hubungi anak bini. Rupanya tidur dengan perempuan baru.
“Tapi bulan Januari elok je dia balik, tak ada rasa bersalah pun. Balik macam biasa, selalu balik jadi suami yang baik tapi rupanya ada udang disebalik batu,” kongsinya.

Menurut wanita tersebut, sebelum ini suaminya akan bergerak kerja ke Penang selepas selesai solat Jumaat namun rutin itu berubah pada bulan Januari.

Artikel lain: Murid PASTI Meninggal Dunia, Ramai Sebak Rakan2 Ziarah Berdiri Keliling Jenazah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Patutlah masa dua kali balik dalam bulan Januari tak menyempat, nak balik awal sampai tak tunggu solat Jumaat. Padahal dulu lepas Asar atau Maghrib baru gerak. Rupanya nak pergi jumpa perempuan tu dulu, cium yang haram dulu.
“Sedangkan masa tu yang halal, anak ni ‘tergantung’ kat kaki, nak ikut ayahnya. Sikit pun tak kesian anak, tapi boleh pergi jumpa yang haram dulu.
“Dua kali dia buat benda yang sama dalam bulan Januari. Pulang ke rumah, pura-pura jadi suami yang baik, makan masakan isteri, tidur di rumah dan esoknya pergi kerja singgah rumah perempuan tu dulu,” kongsinya.

Ujarnya lagi, bermula bulan Februari, hubungannya bersama suami seakan-akan ‘digantung tanpa tali’ dan mereka juga seringkali bergaduh akibat penipuan daripada suaminya.

Malah, suaminya juga tidak menyambut Hari Raya bersama dirinya dan anak mereka namun memilih untuk meraikan perayaan tersebut bersama perempuan curangannya.

Namun apa yang lebih menyakitkan hati, suaminya itu ada menghubunginya dan berkata mahu berbincang namun tidak pulang ke rumah dan hanya menghantar mesej mahu bercerai.

“Hari Raya tu saya jelah yang bodoh merayu suruh balik raya padahal memang dia balik je beraya. Dari raya pertama hingga raya keempat, dia beraya dengan perempuan tu.
“Raya kedua siap keluar membeli-belah nak beli barang bagi ke anak. Ingat saya nak terima ke barang tu? Raya ketiga bawa perempuan tu beraya di rumah kawan-kawan.
“Kawan-kawan pun pandai, sorok benda-benda ni. Raya keempat pergi makan mee celup. Sebelum balik Penang cakap nak jumpa anak bini, bincang elok-elok.
“Tak datang pun, tiba-tiba WhatsApp nak cerai elok-elok sebab tak mampu jadi suami yang baik,” kongsinya.

Luluh hati isteri, suami berulang kali curang

Malah, suaminya itu turut menyalahkan wanita tersebut dan berkata doa dan tiada redha darinya telah menyebabkan rezeki si suami disekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Facebook Sshzlin Elyanis

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis. Kerajaan Pahang didakwa...

Lokal

Polis Kelantan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dipercayai telah menyebabkan kehamilan sepupunya yang berusia 15 tahun hasil daripada hubungan bawah umur dan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Sosial

Lima lelaki warga Pakistan terima penghargaan daripada jenama tekstil terkemuka tempatan, Alfaro susulan tindakan berani mereka menyeberangi sungai untuk membantu mangsa-mangsa letupan saluran gas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd