Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Studio Kembara Kembali Dengan Filem Baharu, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Selepas kejayaan Mat Kilau, Studio Kembara kembali dengan filem baharu berjudul Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang turut membawakan kisah pahlawan Melayu.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 11 Januari 2024 namun begitu, pihak produksi masih belum mendedahkan gerangan pengarahnya.

Penerbit Abdul Rahman Md Dali berkata, beliau akan memgumumkan nama pengarah filem tersebut pada acara tayangan perdana nanti.

“Saya buat keputusan untuk tidak umumkan nama pengarah filem ini sekarang tapi akan umumkan pada pelancaran tayangan perdana nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran treler, OST dan merchandise filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Malakat Mall, Cyberjaya pada malam Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, Studio Kembara yang membawa konsep hiburan bermanfaat memperkenalkan tagline baharu iaitu Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga.

“Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagaimana tagline baharu kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak penerbit juga mendedahkan bahawa filem tersebut menelan kos lebih kurang RM10 juta namun tidak melebihi RM15 juta.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan prekuel kepada filem Mat Kilau yang dibintangi oleh Fattah Amin, Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd