Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Steven Sim Puji JTKSM Bela Nasib 733 Warga Asing Ditipu Majikan

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong memuji tindakan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kerana berjaya membela nasib 733 pekerja asing yang ditipu majikan di Pengerang, Johor.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak seharusnya dikenali sebagai kementerian pekerja asing semata-mata sebaliknya mendukung nilai 3K iaitu kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja, khususnya rakyat Malaysia.

Steven Sim Puji JTKSM

Steven Sim Puji JTKSM

Foto: BERNAMA

“Jika pekerja asing dizalimi, nama baik negara juga akan rosak dan sekiranya diizinkan, kebobrokan dalam sistem negara yang menindas pekerja warga asing juga mungkin satu hari nanti akan beralih kepada rakyat di negara ini.
“Malah, jika kita benarkan majikan menindas pekerja asing, maka pasaran kerja akan lebih suka mengambil pekerja asing kerana mudah diperbuat sesuka hati,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KSM di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sejumlah pekerja asing itu menerima tunggakan gaji lebih RM1 juta selepas dibawa ke negara ini bagi bekerja di Pengerang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KDN & KSM Akan Pendekkan Tempoh Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing

Sementara itu, Steven berkata ketangkasan warga Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam membangunkan Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) dilihat sebagai satu kejayaan selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM8 juta.

Steven Sim Puji JTKSM

Foto: Google

“Dulu orang ingat penjawat awam tidak boleh bangunkan sendiri apa-apa sistem. Jadi kita (kerajaan) kena lantik kontraktor.
“Tetapi sebenarnya penjawat awam adalah pelaksana, pemikir dan perangka strategi. Kebolehan-kebolehan ini ada dalam perkhidmatan awam. Kita harus beri peluang kepada mereka,” ujarnya.

Untuk makluman, MySPIKE adalah sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, ia terdiri daripada Modul-modul Pentaulihan Program, Pendaftaran Pelajar, Perakuan Personel, Verifikasi dan Penilaian Bukan Kredit sebelum dikembangkan fungsi Pentauliahan dan Verifikasi yang memenuhi Penilaian Kredit Berasaskan Competency Unit (CU) dan Penilaian Kredit Berasaskan Modul.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) tampil mendesak kerajaan supaya memansuh matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke...

Lokal

Seorang bapa kepada dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Port Dickson, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Lokal

Hasrat seorang ibu tunggal untuk membina hidup baharu tidak kesampaian apabila dia maut bersama teman lelakinya, seorang peniaga telefon bimbit, selepas ditikam dalam kejadian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd