Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Status Perlu Tinggi & Mewah”- Bangga Jadi Kaya, Kajol Tak Rela Digelar Wanita Miskin

Pelakon terkenal Bollywood, Kajol merupakan salah satu artis yang tidak terlepas daripada menerima kecaman serta kritikan daripada netizen sebaik sahaja dia menceburi dalam dunia hiburan.

Baru-baru ini, menerusi temu bual dalam program Koffee With Karan, Kajol menerima ‘hentaman’ daripada netizen susulan kenyataan beraninya yang mengatakan tidak mahu kelihatan seperti seorang wanita miskin.

“Saya tidak rela berpenampilan seperti seorang wanita miskin. Walaupun terpaksa melakonkan watak wanita kampung, saya enggan kelihatan seperti wanita miskin sebenar,” katanya.

Tambah isteri kepada aktor Ajay Devgn itu lagi, dia mendedahkan mahu sentiasa kelihatan wanita kaya pada setiap masa semenjak penglibatannya dalam dunia perfileman Bollywood.

“Sejak awal saya sudah menetapkan bahawa penampilan saya harus berstatus tinggi dan mewah. Saya tidak boleh kelihatan miskin,” ujarnya.

Susulan itu, kenyataan berani yang dilemparkan oleh pelakon yang berusia 48 tahun itu mengundang reaksi negatif dan kritikan netizen yang menyifatkan dia adalah seorang selebriti yang angkuh dan sombong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Kajol juga sering menolak permintaan peminatnya untuk bergambar selain kerap memarahi wartawan di khalayak umum.

Sumber: Kosmo (Mohamad Shahemy Azmi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd