Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kualiti Padang Berkelas Dunia, Man United Puji Stadium Nasional Bukit Jalil

Man United puji stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil menuai perhatian ramai setelah menerima pujian daripada pengurusan Stadium Old Trafford setelah berlangsungnya perlawanan persahabatan Piala Cabaran Manchester United menentang Asean All Stars, pada 28 Mei lalu.

Man United puji stadium Nasional Bukit Jalil

Man United puji stadium Nasional Bukit Jalil

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, memberitahu pihaknya telah menerima maklum balas positif daripada ‘grounds keeper’ Old Trafford yang teruja melihat kualiti rumput dan penjagaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Iliyas menceritakan, wakil Manchester United itu terkejut dan tidak menyangka Malaysia mempunyai kemudahan stadium berkelas dunia dan serba lengkap hingga tidak berhadapan sebarang masalah untuk melangsungkan perlawanan besar seperti Manchester United menentang Asean All Stars.

“Alhamdulillah, semasa perlawanan Manchester United, padang berada dalam keadaan sangat baik. Malah, ‘grounds keeper’ dari Old Trafford sendiri hadir dan memuji keadaan padang kami,” kata Iliyas, baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya pengurusan Stadium Bukit Jalil dan Old Trafford bekerjasama dalam memelihara dan mengekalkan kualiti padang di masa hadapan.

“Kami mungkin akan bekerjasama dengan pengurusan stadium Old Trafford kerana mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti kami, terutama di bahagian penjuru padang. Mungkin mereka akan mendapat sentuhan daripada pasukan kami,” jelasnya.
Man United puji stadium Nasional Bukit Jalil

Foto: thesun.my

Artikel lain: Tewas Di Padang, Manchester United Bawa Pulang RM45.66 Juta Walau Dimalukan

Difahamkan, perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional bukan sahaja menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan, malah menjadi wadah perkongsian ilmu dalam penjagaan stadium di peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, skuad Asean All Stars mencipta sejarah setelah menumpaskan Manchester United 1-0 dalam aksi Piala Cabaran setelah Maung Maung Lwin muncul wira dengan mencetak gol tunggal pada minit ke-71.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd