Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

ST Lupuskan 2,022 Barangan Rampasan Lebih RM2 Juta Termasuk Mesin Bitcoin

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya melupuskan sebanyak 2,022 barangan rampasan yang bernilai RM 2.2 juta termasuklah unit mesin bitcoin, kelengkapan elektrik, dan barangan lain.

ST berkata, barangan-barangan tersebut merupakan 349 unit mesin bitcoin, 1,219 unit kelengkapan elektrik yang terdiri daripada kelengkapan tanpa label keselamatan ST-SIRIM, 445 unit kelengkapan elektrik daripada kes kecurian elektrik, dan 9 unit barangan lain yang terlibat di dalam kes-kes kemalangan elektrik.

Difahamkan, ST telah mendapat arahan untuk pelupusan barangan rampasan daripada Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang membabitkan sejumlah 46 Kertas Siasatan oleh ST yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.

“Mesin bitcoin yang dilupuskan merupakan hasil barangan yang dirampas pada operasi serbuan bersepadu – OPS RENJAT yang telah dijalankan oleh ST di lima (5) premis tidak berpenghuni pada Oktober 2022 yang lalu di mana pengusikan dengan cara sambungan pintasan haram terus tanpa melalui meter telah menyebabkan kerugian melebihi RM 1.3 juta kepada pihak utiliti.
“Barangan lain yang dilupuskan merupakan kelengkapan elektrik yang dirampas oleh ST pada operasi penguatkuasaan
yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gimik pelupusan barangan rampasan tersebut telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Balakong, Selangor hari ini.

Pada majlis itu, ST telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste ini dikendalikan secara lestari sebagai mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengurusan barangan kes ini melibatkan proses pengasingan antara sisa terjadual serta sisa yang boleh dikitar semula dan sampah .
“Menurut pihak syarikat, barangan-barangan ini akan dihantar ke pembeli serta ke fasiliti pemprosesan lengkap jadual  berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan,” ujarnya.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd