Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Temui Bilik Rahsia, Sita Aset Bernilai RM16 Juta Milik Tan Sri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset mewah bernilai kira-kira RM16 juta selepas menjalankan penggeledahan di kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan, Cheras, pada Khamis.

SPRM sita jongkong emas, 84 beg tangan berjenama

Menurut laporn Sinar Harian, penggeledahan tersebut dijalankan susulan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana sukuk yang berkait dengan projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

sprm

Foto: Astro Awani

Kenyataan rasmi SPRM pada Jumaat mengatakan operasi penggeledahan turut membabitkan Pasukan Taktikal SPRM (Anti-Corruption Tactical Squad – ACTS) selepas pasukan penyiasat mengesyaki wujudnya sebuah bilik rahsia yang menyimpan senjata serta barangan bernilai tinggi di dalam kediaman tersebut.

Artikel lain: SPRM Beku 14 Akaun, Tahan Empat Individu Disyaki Seleweng Dana NGO

Kehadiran ACTS adalah bagi menjamin keselamatan pasukan serta membantu mengiringi pegawai dan barangan sitaan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SPRM memaklumkan, hasil penggeledahan itu membawa kepada penemuan dan penyitaan pelbagai barangan mewah termasuk 84 beg tangan berjenama bernilai kira-kira RM3 juta, 11 jam tangan mewah dianggarkan RM1 juta, serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai sekitar RM3 juta.

sprm

Sinar Harian

Turut dirampas adalah berlian dan barangan kemas dengan anggaran nilai RM4 juta, serta satu set lengkap alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Selain itu, pasukan penyiasat turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang dijadikan tempat penyimpanan senjata api dan peluru.

Bagaimanapun, tiada sitaan dilakukan terhadap senjata berkenaan kerana ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat keselamatan milik individu terbabit.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa keseluruhan rampasan bernilai RM16 juta telah dilakukan dalam operasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
sprm

Foto: Malaysiakini

Azam juga tidak menolak kemungkinan bahawa sitaan tambahan akan dibuat susulan siasatan yang masih berjalan dan dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut memaklumkan bahawa sesi rakaman keterangan individu bergelar Tan Sri itu akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu atas faktor kesihatan.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd