Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Sahkan Sita Bangunan Menara Ilham Milik Tun Daim Zainuddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahkan pihak mereka telah sita Bangunan Menara Ilham yang dimiliki keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Isnin lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya masih dalam menjalankan proses penyiasatan berkait harta Tun Daim namun enggan mengulas lanjut berhubung sitaan itu, lapor Astro Awani.

Foto: Suara Merdeka

“Ya, menara itu disita dan antara siasatannya mengenai harta individu itu, iaitu Tun Daim,” katanya.

Terdahulu, satu notis penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 telah dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Notis tersebut dikeluarkan berdasarkan Seksyen 38 (1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Artikel lain: Tiada Sebelah Payudara, Suami Ceraikan Isteri Derita Kanser Tahap Empat

Menurut notis itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita harta tak alih bagi bangunan Menara Ilham di atas geran 75830, bernombor Lot 20002 yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.

Notis itu juga melarang segala urusan tentang harta tak alih, selain dengan serta-merta mencatatkan terma notis tersebut pada dokumen hak milik berkenaan harta tak alih di dalam Daftar Pejabat Pendaftar Hak Milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SPRM sahkan sita bangunan Menara Ilham

Foto: Sinar Harian

“Menurut Seksyen 38 (5) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang melanggar notis ini atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan atau menyebabkan pelanggaran terma notis ini adalah melakukan suatu kesalahan.
“Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta yang berkenaan atau RM50,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” tulis notis itu.

Sekadar info, Menara Ilham merupakan pencakar langit terletak di Jalan Binjai di ibu negara dan bangunan 60 tingkat itu merupakan antara yang tertinggi di Malaysia.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd