Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPR Tetapkan Hari Mengundi PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan.

Memetik laporan Kosmo!, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun ini, manakala undi awal ditetapkan pada 2 Julai.

Hari mengundi PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai ini – SPR

Foto: Harian Metro

“Sejumlah 39,279 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.1 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Azmi turut berkata seramai 552 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Dun Sungai Bakap.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Manakala sebanyak sembilan buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 65 tempat mengundi dan satu tempat mengundi awal akan digunakan.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 10 buah dengan 66 tempat mengundi,” ujarnya.

Terdahulu, kerusi DUN Sungai Bakap menjadi kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan perut.

Artikel lain: BN Bakal Bantu Calon Perpaduan Bagi PRK Sungai Bakap – Ahmad Zahid

Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri dari Pas telah menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK ke-8 selepas pilihan raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu, PRK DUN Simpang Jeram, Johor dan PRK Parlimen Pulai, Johor.

Selain itu, PRK Dun Pelangai, Pahang, PRK DUN Jepak, Sarawak, PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK Dun Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sumber: Kosmo! (Mohd Ridzauddin Roslan), Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd