Lama menyepi dari dunia hiburan, nama selebriti Hollywood Justin Bieber tiba-tiba menjadi sebutan warganet apabila peminat mendakwa dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, Hailey Bieber.
Memetik laporan Elle, susulan itu ramai pihak membuat spekulasi kononnya pasangan tersebut telah berpisah selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Peminat mula menyedari tindakan selebriti ternama berkenaan baru-baru ini, dimana terdapat tangkap layar mengenai isu Justin Bieber tidak lagi mengikuti akaun Hailey Bieber di Instagram tersebar di media sosial.
Justin tidak mengikuti akaun Instagram Hailey?
Selepas kecoh mengenai spekulasi berkenaan di platform media sosial, akhirnya penyanyi berusia 30 tahun itu tampil memberikan penjelasan melalui InstaStory miliknya.
Penjelasan punca ‘unfollow’
Rupa-rupanya, akaun Instagram Justin telah ‘digunakan’ oleh seseorang dan bertindak ‘unfollow’ akaun isterinya.
“Seseorang masuk ke akaun saya dan berhenti mengikuti isteri saya,” tulis Justin ringkas.
Foto: Instagram @justinbieber
Penyanyi lagu ‘Baby’ bagaimanapun dilihat telah mengikuti kembali akaun Instagram isteri tercintanya kembali.
Terdahulu, beberapa minggu sebelumnya, Justin dilaporkan menafikan bahawa rumah tangganya sedang bergolak dan bermasalah.
Foto: Instagram @justinbieber
Sekadar info, pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta pada 2014 sebelum melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada September 2018 yang hanya dihadiri keluarga serta sahabat terdekat.
Foto: Instagram @justinbieber
Artikel lain: Hailey Dan Justin Bieber Umum Kehamilan, Usia Kandungan Masuk Enam Bulan
Selepas enam tahun bersama, pasangan itu kembali memperbaharui janji pernikahan mereka pada Mei 2024 yang juga menjadi saat penting kerana Justin mengumumkan bahwa Hailey sedang hamil cahaya mata mereka.
Hailey kemudian melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Jack Blues pada Ogos tahun lalu sekali gus mengeratkan lagi hubungan mereka dalam menjalani kehidupan sebagai ibu bapa.
Sumber: Elle, Instagram @justinbieber