Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Song Joong-Ki Umum Sudah Berkahwin, Isteri Kini Sedang Berbadan Dua

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki mengesahkan dia sudah berkahwin bersama wanita pilihannya yang berdarah British bernama Katie Louise Sauders.

Difahamkan, khabar berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon yang berusia 37 tahun itu menerusi laman web kelab peminatnya (fan cafe), hari ini.

“Saya telah berjanji kepada Katy Louise Sauders yang sentiasa berada di sisi dan menyokong saya untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.
“Dia memiliki hati yang baik, merupakan seorang wanita yang bijak, hebat yang amat saya kagumi. Terima Kasih kepadanya kerana dia, saya menjadi seorang yang lebih baik,” katanya.

Apa yang lebih mengujakan lagi, Song Joongki bukan sahaja mengumumkan dirinya sudah menjadi suami kepada katie malah, isterinya itu kini sedang berbadan dua.

“Sememangnya, kami bermimpi untuk mewujudkan keluarga bahagia bersama. Kami telah meletakkan banyak usaha untuk nmemenuhi janji masing-masing. Kami juga sangat bersyukur kerana satu kehidupan baru telah hadir dalam hidup kami.
“Hari ini, berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain, kami dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Song Joong Ki turut menzahirkan ucapan terima kasih buat para peminat yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama bergelar sebagai seorang pelakon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menghargai saya walau apa pun terutamanya Ki Aile (kelab peminat) yang memberikan kekuatan terbesar kepada saya sepanjang kerjaya lakonan saya.
“Saya akan berusaha untuk terbang lebihtinggi sebagai seorang pelakondan individu dengan tanggungjawab dan semangat yang lebih besar,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).

Namun, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila pasangan selebriti itu disahkan telah bercerai pada Julai 2019 dah hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan anak.

Sumber: Soompi (D.Kim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd