Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Solat Tarawih ‘Kilat’, 20 Rakaat Beserta Witir Selesai Dalam Masa 7 Minit

Sekolah Pondok Mambaul Hikam yang terletak di Kabupaten Blitar, wilayah Jawa Timur mempunyai tarikan tersendiri apabila melaksanakan solat tarawih ‘kilat’ dengan durasi 7 minit untuk 20 rakaat berserta 3 witir.

Memang sudah begitu sejak didirikan

Memetik laporan dari TimesIndonesia, Pondok Mambaul Hikam  merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Kabupaten Blitar yang didirikan oleh Kiyai Abdul Ghofur pada tahun 1907.

Sejak ia didirikan, solat tarawih dengan cara sebegitu memang sudah dilakukan.

“Tradisi salat tarawih cepat ini sudah berlangsung lama. Dicetuskan oleh kakek saya pendiri pondok ini,” kata KH Muhammad Dliya’uddin Azzamzam, cucu KH. Abdul Ghofur sekaligus Pengajar di Pondok Mambaul Hikam.

Bacaan dipercepatkan sahaja

Menurut Dliya’uddin Azzamzam, rakaat solat tarawih sama sahaja dengan 20 rakaat didirikan dan hanya membaca surah-surah pendek serta mempercepatkan bacaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua dilaksanakan rukun-rukunnya. Ertinya tidak ada yang salah, sesuai syariat dan tuntunan agama. Hanya saja bacaan dan gerakannya dipercepatkan,” jelasnya.

Menerusi ceritanya, solat tarawih dengan durasi ringkas itu bermula apabila ada keluhan dari beberapa orang penduduk yang ketika zaman itu bekerja sebagai petani.

Disebabkan hanya malam sahaja peluang mereka bersama keluarga, solat tarawih dipercepatkan supaya mereka dapat berkumpul dengan ahli keluarga seusai menunaikan ibadah sunat tersebut.

Seiring dengan perkembangan zaman, jemaah yang hadir ke Mambaul Hikam  juga semakin bertambah. Ada yang datang dari luar Kabupaten Blitar.

Kebanyakan jemaah adalah penduduk setempat namun ada juga yang hadir ke situ kerana ingin tahu bagaimana solat tarawih ‘kilat’ disana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: TimesIndonesia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd