Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

SME Bank FundFest 2024 Perkasa Usahawan PMKS, Sokong Perkembangan Ekonomi Negara

SME Bank Berhad (SME Bank) berjaya melancarkan program SME Bank FundFest 2024, sebuah inisiatif sulung yang berteraskan pemerkasaan komuniti yang bertujuan sebagai platform untuk para usahawan.

SME Bank FundFest 2024 bakal menjadi platform untuk usahawan baru, syarikat pemula yang inovatif, perniagaan yang kian berkembang untuk mendapat peluang pembiayaan dan sesi perkongsian ilmu mengenai bisnes.

Kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang merasmikan majlis pelancaran itu telah mengukuhkan lagi teras Kementerian untuk memperkasakan sektor perusahaan mikro, kecil daan sederhana (PMKS).

“Sebahagian besar dari PMKS merupakan perusahaan kecil membentuk 28.5% dan perusahaan bersaiz sederhana mewakili 1.8% daripada jumlah keseluruhan.
“Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita terus memupuk ekosistem yang boleh memberikan lebih nilai kepada sektor PMKS kerana mereka merupakan tunjang belakang kepada ekonomi negara.

“Inisiatif SME Bank FundFest 2024 ini memperkukuhkan lagi mandat SME Bank untuk terus memajukan sektor PMKS, disamping memperkukuhkan lagi peranan mereka dalam perkembangan ekonomi negara,” katanya ketika berucap.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata SME Bank FundFest 2024 merupakan inisiatif yang penting dalam mengatasi merupakan langkah penting dalam menangani cabaran pembiayaan yang dihadapi oleh usahawan dan perniagaan, terutama perusahaan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Merangkap perasmian utamanya, inisiatif ini mempunyai potensi untuk menarik ramai pengunjung yang terdiri daripada barisan usahawan, penggubal dasar dan pemimpin industri.
“Matlamat kami adalah untuk menyediakan sebuah platform di mana usahawan boleh berhubung dengan bakal pembiaya, mendapatkan nasihat pakar dan meneroka peluang baharu untuk memacu pertumbuhan perniagaan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, dengan kerjasama lebih 20 rakan strategik SME Bank, acara dua hari ini akan menampilkan pakar industri merangkumi peer-to-peer (P2P), modal teroka dan usahawan tempatan terkenal yang telah mencipta kejayaan dalam pasaran.

Selain itu, pakar yang dijemput juga akan mengetuai beberapa ‘masterclass’ menawarkan pandangan berharga tentang cara mendapatkan pembiayaan, memperluaskan perniagaan dan memanfaatkan teknologi inovatif.

Di samping itu, acara ini mempamerkan usahawan dari pelbagai peringkat perniagaan utnuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Dengan tujuan untuk memperkasa perniagaan peringkat awal, SME Bank FundFest 2024 dijangka akan menarik ramai pengunjung, termasuk bakal perusahaan, modal teroka, usahawan PMKS, agensi kerajaan dan pemimpin industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inisiatif ini memperkukuhkan mandat SME Bank sebagai agensi peneraju di bawah KUSKOP, selaras dengan perkembangan ekonomi negara melalui sokongan teguh terhadap sektor PMKS disamping memupuk etika perniagaan inovatif.

SME Bank FundFest 2024 akan berlangsung pada 17 – 18 Oktober 2024 dari 10 pagi hingga 10 malam di Avenue K, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan inisiatif SME Bank, layari www.smebank.com.my, halaman Facebook SME Bank, atau hubungi Pusat Panggilan Pelanggan SME Bank di 603-26037700.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Sosial

Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri...

Bisnes

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd sekali lagi merudum ke paras terendah dalam sejarah selepas syarikat televisyen berbayar itu mengumumkan keputusan kewangan yang lemah, di...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd