Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

SM Entertaiment Nafi Dakwaan Kontroversi Haechan Dan Johnny Di Jepun

Syarikat agensi, SM Entertaiment telah menafikan dakwaan artis di bawah naungannya iaitu Haechan dan Johnny dari kumpulan NCT meniduri peminat di Jepun sekali gus bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran tersebut.

Menerusi satu kenyataan, agensi tersebut menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum tentang isu tular di media sosial membabitkan dua selebriti tersebut yang didakwa terlibat dengan pelacuran dan dadah.

Foto: K-Selection

Susulan itu, SM Entertaiment telah menyangkal dakwaan terbabit serta menyatakan fitnah yang tidak berasas seperti itu hanya akan merosakkan nama baik artis mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada masa ini, terdapat khabar angin provokatif yang tidak terkata seperti Johnny dan Haechan NCT terlibat dengan pelacuran dan dadah yang merebak secara sewenang-wenangnya dalam talian.
“Kami telah mengesahkan bahawa khabar angin ini adalah tidak benar dan perbuatan jenayah ini secara serius merosakkan reputasi artis,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain memaklumkan masih terdapat khabar angin yang dilakukan secara berterusan terhadap artis-artisnya, termasuk Heechul, SM Entertaiment turut menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu dari Jepun yang telah menyebarkan perkara tersebut.

Foto: Reuters

“Kami telah mengumpul data yang mencukupi pada beberapa hantaran yang berkaitan dengan kandungan yang menimbulkan persoalan itu.
“Kami merancang untuk tidak berdiam diri dan memastikan bahawa pelakon yang berkaitan dihukum secara sah tanpa kelonggaran atau persetujuan, tanpa mengira kewarganegaraan.
“Harap maklum bahawa walaupun pada masa ini, sebarang tindakan menyiarkan hantaran berniat jahat mungkin dikenakan hukuman,” ujarnya lagi.

Terdahulu, terdapat seorang individu yang juga merupakan pekerja di industri hiburan malam Jepun mendakwa Haechan dan Johnny telah melakukan hubungan lima hala dengan tiga gadis dimana dua daripada mereka merupakan peminat kumpulan NCT.

Sumber: Allkpop

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd