Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad Harimau Malaya B-23 Mula Langkah Kiri, Tewas 0-2 Dengan Uzbekistan

Skuad Harimau Malaya bawah 23 tahun (B-23) negara memulakan kempen Piala Asia B-23 2024 dengan langkah kiri apabila tewas dalam perlawanan kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, Football Association of Malaysia melalui hantaran Facebook melaporkan keputusan perlawanan antara Malaysia menentang Uzbekistan iaitu tewas 0-2 selepas hari perlawanan pertama semalam.

Foto: FB Football Association of Malaysia

“Dalam aksi sulung Kumpulan D itu, skuad negara ketinggalan pada minit ke-11 menerusi jaringan penalti Jasurbek Jaloliddinov selepas Syahir Bashah mengasari Ruslanbek Jiyanov,” katanya.

Skuad Harimau Malaya B-23 juga dilaporkan bergelut semasa membuat gerakan serangan ke kubu lawan apabila dilihat banyak membuat sepakan hantaran di kawasan sendiri pada babak pertama perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Football Association of Malaysia

“Anak buah Juan Torres Garrido kemudian tampil dengan aksi lebih baik pada babak kedua dan berjaya melakukan beberapa gerakan serta percubaan ke pintu gol Uzbekistan, namun gagal memecahkan kebuntuan jaringan,” ujarnya.

Harimau Malaya B-23 juga dilaporkan melakukan kesilapan apabila pemain negara melakukan hantaran yang kurang cermat di kawasan sendiri dan dihukum Uzbekistan dengan jaringan kedua menerusi ledakan Ulugbek Khoshimov pada minit ke-83 ketika berusaha untuk mencari gol penyamaan.

“Jaringan itu melengkapkan kemenangan penting buat Uzbekistan yang juga juara 2018 untuk mendahului kumpulan dengan tiga mata sementara menunggu aksi Vietnam dan Kuwait yang akan berlangsung jam 11.30 malam ini,” tambahnya lagi.

Foto: FB Football Association of Malaysia

Setelah ini, Skuad Harimau Malaya B-23 negara akan meneruskan saingan mereka dalam Kumpulan D yang bakal berdepan Vietnam di gelanggang sama pada Sabtu nanti, sebelum mengharungi aksi terakhir untuk menentang Kuwait di Stadium Al Janoub Selasa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd