Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad Futsal Negara Tewas 0-6 Kepada Indonesia

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam.

Foto: Facebook Arena Futsal

Menurut laporan Stadium Astro, corak permainan skuad negara yang dikatakan kelihatan goyah menyebabkan penjaga gol, Syawal Sabaruddin tewas dengan percubaan hebat di seawal minit keempat daripada Firman Ardiansyah.

Foto: Facebook Arena Futsal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Skuad Indonesia yang dilatih oleh Hector Souto berada di posisi selesa selepas Ardiansyah Runtuboy membuat jaringan dua minit kemudian dari sisi kanan pintu gol sebelum Evan Soumilena berjaya menambah jaringan yang gagal diselamatkan oleh Syawal pada minit kesembilan.

Evan tampil berani dengan jaringan kedua peribadinya selepas percubaan yang dilakukan di dalam kawasan D dan sekaligus melengkapkan hatrik pada minit kedua.

Malaysia turut mengatur corak permainan dengan menurunkan barisan pemain handal dengan Abu Haniffa dari Johor Darul Ta’zim sebagai kapten, namun tidak menjadi penghalang kepada Samuel Amos yang membuat jaringan terakhir seterusnya memberi kemenangan kepada Indonesia 6-0.

Foto: Facebook Arena Futsal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, skuad Malaysia yang dikendalikan oleh Rakphol Sainetgam layak menerima pujian kerana telah mempamerkan kesungguhan meskipun para peminat pastinya berharap agar strategi permainan dapat diperbaiki lebih baik.

Skuad futsal negara akan menjelajah ke Thailand pada 23 Oktober ini untuk menentang Australia dan Myanmar dalam perlawnan persahabatan sebelum perlawanan Kejuaraan Futsal Aff 2024 bermula 2 November nanti di Nakhon Ratchasima dengan pertemuan bersama Brunei sebagai perlawanan pertama skuad kebangsaan.

Sumber: Stadium Astro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd