Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Bakal Perkenal Skim Lindungan Pekerja Di Luar Waktu Bekerja

Bagi memperluaskan lagi perlindungan kepada pekerja di luar waktu bekerja, kerajaan akan memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu diambil seiring dengan perubahan waktu serta konsep bekerja yang berubah mengikut peredaran zaman.

Skim lindungan pekerja

Skim lindungan pekerja

“Ini berpunca daripada kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti di pintu kilang atau pejabat (semata-mata). Dalam era susunan kerja yang fleksibel dan jarak jauh, pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti kehidupan dan cara kerja masyarakat masa kini.
“Dan yang paling penting, ia akan meluaskan perlindungan sepanjang masa, mengiktiraf bahawa kemalangan dan kecederaan tidak mengikut jadual waktu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 bertemakan “Membentuk Keselamatan Sosial Untuk Dunia Yang Sedang Berubah” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Trump Iktiraf Kejayaan Malaysia, Jadi Pemudah Cara Dalam Isu Kemboja–Thailand

Skim lindungan pekerja

Ketika ini, pekerja dilindungi melalui dua skim utama di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan yang memberi perlindungan semasa waktu bekerja.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebelum ini menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Bencana Bukan Kerja (SKBBK) akan diperkenalkan bagi meluaskan perlindungan.

Skim baharu itu menawarkan liputan menyeluruh 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak sepanjang tempoh penggajian.

SKBBK merangkumi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja serta tidak berkaitan secara langsung dengan penggajian mereka, sekali gus melengkapi skim sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri menegaskan perlindungan sosial tidak seharusnya dilihat sekadar mekanisme birokrasi pemberian faedah, sebaliknya perlu dianggap sebagai sebahagian daripada infrastruktur moral negara.

Beliau turut mengaitkan konsep tersebut dengan tradisi Islam yang menubuhkan baitulmal bagi memastikan kekayaan diagihkan kepada golongan miskin, balu, anak yatim dan warga emas, satu legasi yang terus menjadi inspirasi.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd