Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Skandal 1MDB: Najib Diarah Bela Diri Atas 21 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.

Foto: Berita Harian

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najib yang juga bekas menteri kewangan kelihatan tenang selepas Sequerah membuat keputusan berkenaan, di akhir kes pendakwaan.

Beliau memilih memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal oleh pihak pendakwaan.

Najib dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai 50 saksi memberi keterangan ketika kes pendakwaan yang berlangsung selama 253 hari antara 28 Ogos 2019 hingga 30 Mei lalu.

Antara saksi utama termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam 1MDB Loo Ai Swan, yang turut dikenali sebagai Jasmine Loo.

Foto: Harian Metro

Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas diberikan tiga pilihan untuk membela diri, Najib turut memilih untuk memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal oleh pihak pendakwaan.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd