Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siti Bainun Akui Sayang Lebih Ke Bella Sebab Kelakar & Manja

Menerusi prosiding mahkamah hari ini, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahad Razali memberitahu bahawa dia sangat menyayangi Bella lebih dari anak yang lain.

Layanan sama rata tapi lebih sayang Bella

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, perkara itu berlaku disebabkan sikap remaja tersebut yang kelakar dan manja.

“Layanan saya kepada Bella adalah sama, mungkin lebih sayang kepada Bella berbanding yang lain sebab Bella ini kelakar dan manja. Dia suka menyanyi dan saya memang suka sakat dia kalau dia menyanyi seorang diri depan cermin.
“Saya juga bawa dia membeli-belah baju-baju sebab dia diberikan kepada saya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya.

Tak mungkin ambil jadi anak angkat untuk didera

Jelas Bainun lagi, tiada sebab untuk dirinya mengambil Bella sebagai anak angkat jika semata-mata hanya untuk mendera remaja berkenaan.

Layanan saya sama sahaja semenjak saya mengambil Bella pada Julai 2020. Tiada keperluan saya nak ambil Bella untuk simpan dan dera.
Saya tidak pun dapat duit untuk menjaga Bella, saya tidak pernah kutip derma untuk menjaga Bella, saya tidak pernah mempamerkan muka Bella pun dekat mana-mana minta orang puji atau bantu saya dalam menguruskan Bella.
“Malah saya kena jual macam-macam seperti roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung anak-anak saya termasuklah Bella,” katanya sebak.

Ikat kaki Bella biar tak merayap

Dalam pada itu, menerusi prosiding yang berjalan pagi tadi wanita terbabit turut menjelaskan mengapa kaki Bella diikat. Menurutnya, tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan dia merayap pada waktu malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga mengatakan yang Bella pernah minum susu sebanyak satu karton sehingga membuatkannya cirit birit. Perkara tersebut juga telah diakui sendiri oleh saksi, Yasmin Mohd Nahar.

Yasmin ada kain, dia ikatkan kaki Bella dengan kaki dia kalau Bella bangun nak merayap Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur. Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangan, bahawa Shomin tu dia.
“Namun ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi,” ujarnya.

Bawa ke kondo biar terpengaruh kata2 kasar

Jelas pengasa Rumah Bonda itu lagi, dia berpindah ke kondominum dan membawa Bella bertujuan untuk mengelakkan remaja itu terpengaruh dengan percakapan di Rumah Bonda yang dilihat agak kasar kerana penghuninya terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Rugi saya pindah ke kondominium sebab terpaksa cari duit lebih nak jaga anak-anak saya sedangkan Rumah Bonda tu saya bangunkan dengan duit arwah ayah, ubah suai perabot dan lain-lain.
“Saya buat kerana sayangkan mereka dan niat saya nak beri tempat yang lebih baik, saya pindah agar Bella selesa dan tidak terikut cara percakapan kasar sesetengah penghuni yang berlainan latar belakang,” jelasnya.

Perbicaraan kes ini bersambung esok di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Pagi tadi, pihak hakim telah menegur Siti Bainun yang hadir lewat ke mahkamah dua hari secara beturut-turut. Tindakan tersebut dikatakan boleh melengahkan prosiding untuk bermula sehingga Hakim yang perlu menunggu tertuduh masuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Zareen Humairah Sejahan)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid meminta Selangor FC memberi penjelasan susulan punca jurulatih pasukan bola sepak itu, Nidzam Jamil meletakkan...

Dunia

Stesen siaran tvOne bersuara selepas kenderaan yang dipandu oleh lima pekerjanya mengalami insiden yang teruk sehingga mengorbankan nyawa di Tol Pematang-Batang, Jawa Tengah pada...

Nasional

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes buli dan dera melibatkan pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional...

Lokal

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kebakaran yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api di Dewan Arena Square, Jalan Raja, Teluk Intan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd