Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MCMC, MINDEF Meterai Perjanjian Pembangunan Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) mengenai pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh untuk kegunaan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salin Fateh Din dengan Kementerian Pertahanan yang diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim Ali.

MCMC, MINDEF meterai perjanjian pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh

Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh

Ia ditandatangani pada satu majlis bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA) yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perjanjian ini adalah simbolik kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa keupayaan serta kesiapsiagaan sistem pertahanan negara menerusi penyediaan infrastruktur ketenteraan kritikal berteraskan teknologi komunikasi dan keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia Kemuka Enam Inisiatif Pada Mesyuarat Menteri Pengaman PBB – MINDEF

Selain itu, perjanjian ini turut melambangkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa kelesamatan negara melalui pendekatan kolaboratif antara sektor awam dengan pertahanan.

Menerusi perjanjian ini, MCMC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bersama-sama melaksanakan inisiatif strategik menyeluruh bagi pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh TUDM.

Sistem radar yang baharu ini bakal memperkukuh keupayaan pemantauan dan kawalan ruang udara di wilayah selatan Semenanjung Malaysia dan secara langsung menyumbang kepada pengukuhan keselamatan dan kedaulatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sokongan ini adalah sejajar dengan pendekatan Whole-of-Government (WoG) yang mengutamakan sinergi antara agensi bagi mencapai aspirasi nasional.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd