Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siri Kedua PLKN 2025 Bermula 11 Mei Di Dua Kem Askar Wataniah

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan dijalankan bermula 11 Mei hingga 24 Jun di dua lokasi berbeza iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

PLKN siri 2 mula 11 Mei

PLKN

Menurut laporan Bernama, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan panggilan kemasukan pelatih bagi sesi latihan selama 45 hari itu boleh disemak bermula hari ini melalui laman sesawang rasmi di https://jlkn.mod.gov.my/.

“Seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik.
“Program ini merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan,” kata JKM dalam kenyataan baru-baru ini.
“Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan.
“Manakala modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” kata JLKN dalam kenyataan baru-baru ini.

Artikel lain: PLKN 3.0: Pelatih Siri 1 Tamat Latihan, Diberi Pendedahan Bidang TVET Dan Industri – Adly

PLKN

Terdahulu, PLKN 3.0 Siri 1 telah diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur selama 45 hari bermula 12 Januari sehingga 25 Februari yang telah menerima penyertaan seramai 120 orang pelatih secara sukarela terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama, pendidikan dan lokaliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PLKN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/atau Unit Pelatih di talian 03-40133 613/03-40133 618 atau e-mel ke [email protected].

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd