Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sirajuddin Suhaimee Dilantik Ketua Pengarah Baharu JAKIM

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai ketua pengarah baharu jabatan tersebut pada 1 Oktober 2024 bersamaan 27 Rabiulawal 1446 Hijrah.

Pelantikan beliau bagi menggantikan YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff yang menjawat jawatan tersebut bermula pada 22 Mac 2022.

Difahamkan, beliau kini menggalas tugas sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal yang melibatkan koordinasi antara JAKIM, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation (HDC) berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Sirajuddin, 57, salah satu usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan memperkukuh JAKIM sebagai jabatan peneraju hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya.

 

Sebelum ini, Sirajuddin telah memulakan kerjayanya sebagai sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di JAKIM  pada 2 Januari 1992 dan penempatan pertama beliau adalah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Penolong Pengarah (Dakwah).

Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan juga sebagai Setiausaha Pertama (Halal), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.

Jawatan terakhirnya sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menyumbangkan kepakaran dalam bidang pengurusan halal dan pengurusan hal ehwal Islam sebagai Profesor Adjung di 4 buah Universiti Awam iaitu UniSZA, UiTM, UUm dan UTM.

Sirajuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah & Undang-Undang) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).Selain itu, beliau juga mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) dari University of South Australia (UniSA).

Susulan daripada itu, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri  berharap agar pelantikan tersebut dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan hal ehwal Islam selari dengan pendekatan Malaysia Madani.

“Semoga pelantikan ini akan dapat memperkukuhkan perkhidmatan hal ehwal Islam agar selari dengan pendekatan Malaysia Madani yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri serta bertepatan dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam,” ujarnya.

Tahniah di atas pelantikan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd