Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Singkir Pemain Ranking Kedua Dunia, S. Sivasangari Juara Kejohanan Skuasy Klasik London

Pemain Skuasy negara, S. Sivasangari menewaskan pemain nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy sekali gus bergelar juara bagi edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London.

Menerusi laporan Bernama, Sivasangari berjaya melakar sejarah serta menjadi juara pertama bagi kejohanan bertaraf emas ini meski pun dia perlu bermandi peluh ketika menentang El Hammamy dengan keputusan akhir 3-2.

Foto : IG S. Sivasangari

Difahamkan, pemain ke-13 dunia ini memenangi perlawanan bagi set pertama dengan mata 11-9 sebelum El Hammamy kembali mengejarnya pada set kedua, 11-5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun pemain dari Mesir itu cuba merapatkan mata pada set ketiga, namun kawalan permainan lebih memihak kepada Juara Sukan Asia 2022 itu.

Foto : IG S. Sivasangari

Dengan momentum dari dua kemenangan mengejutkan ketika menentang Nour El Sherbini dari Mesir di suku akhir dan Nele Gilis dari Belgium di pentas separuh akhir, pemain berusia 25 tahun membuktikan kehebatannnya apabila meraih kemenangan 11-8 menentang El Hammamy sekali gus bergelar juara.

“Tiada untuk menggambarkannya tapi saya sangat gembira dengan cara saya menangani minggu ini dengan menewaskan pemain dalam ranking 10 terbaik tiga kali. Mereka semua pemain yang baik,” katanya.

Selain memuji kehebatan lawan, Sivasangari turut meluahkan rasa gembira di atas kemenangannya yang berjaya menyingkirkan pemain kedudukan 10 terbaik dunia itu.

“Gembira dengan cara saya memenangi kejohanan ini,” ujarnya.

Kemenangan yang membanggakan rakyat Malaysia telah membolehkan Sivasangari membawa pulang wang tunai berjumlah RM83, 141.

Sumber : Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd