Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sinaran Elektromagnetik Melebihi Had, Perancis Haramkan Jualan iPhone 12

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial dimana Negara Perancis mengarahkan syarikat gergasi, Apple untuk menarik semula iPhone 12 selepas mendapati tahap sinaran elektromagnetik melebihi had.

Menurut laporan Berita Harian, pemasaran iPhone 12 akan dihentikan sehingga Apple mengemaskini semua peranti yang telah terjejas.

“Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas,” kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X.

Susulan itu, Barrot menggesa supaya Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), yang merupakan badan pemerhati radiasi Perancis untuk ‘menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati’.

Sebelum ini, iPhone 12 antara 141 buah telefon yang telah disemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) oleh pihak ANFR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelombang elektromagnetik telah diukur oleh SAR bagi memastikan sejauh mana tenaga tersebut diserap oleh tubuh manusia.

“Berdasarkan kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual,” menurut ANFR.

Sekadar info, hanya tahap sinaran 4 watt sekilogram (W/kg) dibenarkan oleh seseorang untuk memegang telefon fi tangan atau di dalam seluar namun, ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg.

Disebabkan itulah, penjualan iPhone 12 dihentikan serta merta di Perancis mulai semalam sehingga diberitahu semula oleh pihak kerajaan.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd