Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Simpanan Akaun 3 Boleh Dikeluarkan Bila-Bila Masa Ikut Keperluan Ahli – KWSP

Akaun ketiga bakal dibuka 11 Mei ini setelah distruktur semula oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataan media, KWSP menyatakan bahawa semua akaun ahli yang berusia bawah 55 tahun akan dibahagikan kepada tiga jenis akaun seperti Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, Akaun Persaraan adalah untuk mengumpul simpanan bagi pendapatan semasa bersara manakala Akaun Sejahtera digunakan untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa bersara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akaun baru yang diperkenalkan adalah Akaun Fleksibel yang menyediakan fleksibeliti dalam keperluan kewangan jangka pendek serta ianya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar,” katanya hari ini.

Oleh itu, mulai 11 Mei, semua caruman akan diletakkan ke dalam akaun ketiga ini mengikut pecahan seperti 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke Akaun Sejahtera dan baki 10 peratus akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, tujuan utama inisiatif ini adalah untuk memberi lebih banyak  kuasa kepada ahli untuk membuat keputusan dalam mengimbangi keperluan mereka semasa persaraan serta keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Foto: NSTP

“Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak,” ujarnya.

Bermula 11 Mei hingga 31 Ogos ini, setiap ahli hanya diberikan sekali pilihan untuk memindahkan sebahagian baki simpanan dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) sebagai jumlah permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Jelasnya, proses pindahan akan dibuat mengikut dua pecahan iaitu ahli yang mempunyai baki simpanan sebanyak RM3,000 atau lebih dalam Akaun Sejahtera dan ahli yang memiliki baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam akaun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Zulqarnain berkata, insiatif ini bukan sekadar maklum pihaknya terhadap keperluan semasa, namun ia dianggap sebagai tindakan proaktif untuk memberi sokongan kepada ahli dalam menghadapi landskap pekerjaan dan demografi penduduk yang berubah.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd