Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku, Lelaki Direman Tujuh Hari

Seorang lelaki yang membunuh ibunya dan menyimpan mayat dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di kediamannya terletak di Taman OUG, Kuala Lumpur, direman tujuh hari.

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menyatakan perintah tahanan reman terhadap individu berusia 53 tahun itu bermula hari ini sehingga a19 November.

“Siasatan mendapati suspek yang juga penganggur tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan pihak hospital mengenai status kesihatan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, Rusdi berkata keputusaan proses bedah siasat ke atas mayat mangsa masih belum diterima dan siasatan lanjut masih berjalan termasuk kebarangkalian mangsa dibunuh dan motif pembunuhan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek sendiri yang membuat panggilan bagi menyerah diri dan tindakan suspek serah diri kepada polis masih dalam siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki membunuh ibunya sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu kerana perselisihan faham berkaitan isu agama.

Foto: Harian Metro

Perbuatan tersebut terbongkar selepas kediaman milik lelaki itu diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira jam 9 pagi semalam.

Suspek dipercayai membunuh ibunya yang berusia 80-an itu pada Mac 2021 kerana mahu wanita tersebut ‘masuk syurga’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa telah menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu keputusan kes yang mencabar kedudukannya sebagai pemimpin negara. Tindakan ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd