Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump, Li Qiang Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Di Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang akan melakukan lawatan ke Malaysia bulan depan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Putin pertimbang hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN

Menurut laporan Bernama, Anwar turut mendedahkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang menimbang dengan serius untuk hadir, susulan pertemuan terbaru antara kedua-dua pemimpin di Beijing.

Sidang Kemuncak ASEAN

Artikel lain: Lambang Komitmen Negara Anggota, PETRA Anjur Mesyuarat SOME ASEAN Ke-43

“Trump telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri sidang kemuncak itu, yang turut akan dihadiri oleh Perdana Menteri China, Li Qiang.
Presiden Putin pula bertemu saya di Beijing dan menyatakan sedang mempertimbangkan lawatan ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN. Jadi, kita bakal menerima kunjungan Trump, Li Qiang dan mungkin juga Putin,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran pemimpin berprofil tinggi dunia ini membuktikan kepentingan geopolitik Malaysia yang semakin menyerlah meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sidang Kemuncak ASEAN

“Ini masa yang mencabar, tetapi saya kekal optimis kerana kita mempunyai asas yang kukuh. Kita mesti terus membina daya tahan, sama ada dalam bidang ekonomi mahupun domestik.
Tiada sebab mengapa kita tidak boleh mengatasi cabaran ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai situasi politik, Anwar menegaskan kerajaan pimpinannya komited memastikan kestabilan politik dan kejelasan dasar ekonomi, yang menjadi pemacu utama keyakinan pelabur.

Sidang Kemuncak ASEAN

“Dari segi politik, negara stabil. Fokus saya adalah untuk memperkukuh dasar yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi.
Ini termasuk dasar yang jelas mengenai semikonduktor nasional, hala tuju peralihan tenaga dan transformasi digital,” jelasnya.

Menurut beliau, keamanan dan kestabilan Malaysia ditambah dengan kepelbagaian ekonomi serta budaya, menjadikan negara ini rakan yang dipercayai dan relevan di peringkat rantau.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd