Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siap Bawa Teman Wanita? Kereta GT-R Rupanya Sewa, Disita JPJ Atas Dua Kesalahan

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar MRR2 dari Tol Gombak menuju Batu Caves, Selangor pada Ahad lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) memaklumkan, kenderaan tersebut merupakan kereta sewa yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan.

“JPJ WPKL mengambil tindakan penyitaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut undang-undang,” tulisnya pada Isnin.

Hantaran itu memaparkan pemandu berkenaan dan seorang wanita dipercayai penumpang bahagian hadapan sedang berurusan bersama anggota JPJ yang bertugas.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, segelintir netizen mendakwa wanita terbabit adalah teman wanita kepada si pemandu, sekali gus menyifatkan situasi seperti itu seolah-olah memalukan diri sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sewa kereta untuk bawa teman wanita?

Tak malu ke?

Sementara itu, JPJ menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau kepatuhan undang-undang jalan raya dan memberi perhatian serius terhadap aduan orang awam.

“Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya.

Sumber: Facebook JPJ WPKL

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd