Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sheikh Hasina Dilapor Tinggal Sementara Di India Sehingga Peroleh Suaka Di UK

Kerajaan India memberikan penginapan interim kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina susulan kejatuhan kerajaannya di negara Asia Selatan pada Isnin lalu.

Menurut satu laporan NDTV, India menawarkan sokongan logistik yang komprehensif sehingga Hasina memperoleh suaka di United Kingdom (UK).

Foto: NDTV

“Beliau mendapat kelulusan ‘tinggal sementara’ di India sementara menunggu penempatan semula ke Britain,” katanya.

Turut dilaporkan, Hasina sedang dalam perjalanan ke London melalui India selepas meletak jawatan pada hari sama berikutan berlakunya protes anti-kerajaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini, tidak ada pengesahan dari kerajaan UK mengenai pemberian suaka politik untuk bekas perdana menteri Bangladesh tersebut.

Foto: CNA

“Hasina sedang mencari suaka di UK, dengan kakaknya, Rehana yang merupakan warganegara UK menemaninya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Tentera Bangladesh Waqar-Uz-Zaman memaklumkan bahawa kerajaan interim mengambil alih tanggungjawab selepas Hasina melepaskan jawatan.

“Saya mengambil semua tanggungjawab (negara), sila bekerjasama,” katanya.

Foto: NDTV

Waqar juga memberitahu telah bertemu dengan pemimpin politik dan menyatakan tentera akan mengambil alih tanggungjawab untuk undang-undang dan ketenteraman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, lebih daripada 100 orang dilaporkan telah terbunuh dalam protes terhadap kerajaan Hasina dalam tempoh dua hari yang lalu.

Sumber: NDTV

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd