Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sharul Aimy Tamatkan 17 Tahun Kemarau Pingat Kem Gimnastik Negara Di Sukan Asia

Atlet gimnastik artistik Malaysia, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara melombol temasya Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.

Sharul Aimy tamatkan kemarau pingat kem gimnastik

Memetik laporan dari Sinar Harian, kejayaan berkenaan menjadi lebih manis apabila dia menamatkan kemarau pingat buat kem gimnastik negara sejak 17 tahun lalu.

Difahamkan, atlet beruska 22 tahun itu meraih 14.466 mata bagi mengakhiri saingan di kedudukan ketiga di belakang pemenang pingat emas dari Jepun, Wataru Tanigawa (15.016 mata) dan pemenang perak, dari Iran Mahdi Olfati (14.783 mata).

sharul aimy

Kredit foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan tersebut juga telah dikongsi Sharul Aimy di Instagram peribadinya dengan memuat naik gambar pingat yang baru diperoleh tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Juri Berat Sebelah, Nurul Hidayah Sebak Pingat Dinafikan

Difahamkan, kali terakhir Malaysia berjaya membawa pulang pingat  dalam gimnastik artistik adalah melalui Ng Shu Wai yang meraih perak di Sukan Asia 2006 di Doha.

 

Sumber: Sinar Harian, Instagram sharulaimy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Lokal

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd