Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Rangkul Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad.

Memetik laporan Bernama,  Sharul menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak.

Foto: MGF

Walau bagaimanapun, Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Francis Loh memberitahu, kejayaan manis tersebut tidak cukup untuk melayakkan Muhammad Sharul meraih slot Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sharul tu hanya menyertai satu acara manakala slot ke Sukan Olimpik 2024 pula diberikan kepada pemenang acara all-around lelaki.
“Ini adalah persembahan yang sangat baik kerana ini kali pertama kami mendapat pingat di Kejohanan Asia, ” katanya.

Foto: New Straits Times

Sehubungan itu, Loh turut menjelaskan MGF akan memberi tumpuan bagi membantu atlet dari Terengganu untuk mahir dalam acara allaround sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA28).

Untuk rekod, sebelum ini Sharul melakar sejarah tersendiri  apabila memenangi pingat gangsa acara melombol di Sukan Asia ke-19.

Kejayaan atlet berusia 22 tahun itu menyaksikan gimnastik kembali menjadi penyumbang pingat kontinjen negara selepas kali terakhir dilakukan pada 2006 di Doha oleh Ng Shu Wai yang membawa pulang perak acara sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd