Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Shah Alam Dinobat Ibu Negeri Paling Mahal Untuk Didiami Di Malaysia

Shah Alam muncul sebagai ibu negeri dengan kos kehidupan wajar tertinggi di negara ini apabila merekodkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) paling tinggi bagi pelbagai saiz isi rumah, sekali gus memperlihatkan jurang ketara kos sara hidup antara ibu negeri di Malaysia.

Shah Alam dikedudukan pertama diikuti JB dan Georgetown

Memetik laporan daripada Harian Metro, Johor Bahru berada di kedudukan kedua, diikuti Georgetown, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka, Melaka, berdasarkan dapatan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Foto: Johor bahru

Foto: Georgetown

Indeks PAKW merupakan indikator baharu yang digunakan untuk mengukur tahap perbelanjaan diperlukan bagi mengekalkan kehidupan wajar di pelbagai lokasi, dengan Kuala Lumpur ditetapkan sebagai nilai rujukan pada paras 100 mata indeks bagi memudahkan perbandingan kos kehidupan antara negeri, daerah dan ibu negeri.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyatakan kos hidup isi rumah di Malaysia menunjukkan variasi ketara mengikut lokasi, khususnya di peringkat ibu negeri.

“Bagi isi rumah seorang, Shah Alam merekodkan Indeks PAKW tertinggi iaitu 99.8 mata indeks, diikuti Johor Bahru (92.9) dan Georgetown (90.7), Seremban (87.7) dan Melaka (87.1). Manakala indeks terendah dicatat di Kangar (59), Kota Bharu (61.5) dan Kuala Terengganu (68.2).

“Corak sama turut direkodkan bagi isi rumah dua orang dengan Shah Alam kekal tertinggi pada 100.1 mata indeks, diikuti Johor Bahru (92.6), Georgetown (91.3), Seremban (88.5) dan Melaka (87.9). Indeks terendah dicatat di Kangar (58.8), Kota Bharu (62.9) dan Alor Setar (69.7),” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Shah Alam terus mencatat indeks tertinggi bagi isi rumah tiga dan empat orang, manakala Kangar kekal sebagai lokasi dengan kos kehidupan wajar terendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi isi rumah tiga orang, Shah Alam terus mendahului dengan 100.2 mata indeks, diikuti Georgetown (92.6) dan Johor Bahru (92.5), manakala Kangar merekodkan indeks terendah iaitu 59.1 mata indeks.

“Trend sama turut dilihat bagi isi rumah empat orang apabila Shah Alam mencatat indeks tertinggi pada 100.3 mata indeks, diikuti Johor Bahru (92.4) dan Georgetown (91.9), manakala indeks terendah direkodkan di Kangar (59.2),” katanya.
shah alam

Foto: Shah Alam

Tambah beliau, secara keseluruhan Shah Alam mencatat kos kehidupan wajar melebihi nilai rujukan Kuala Lumpur bagi pelbagai saiz isi rumah, manakala Kangar hanya merekodkan kos kira-kira separuh daripada Shah Alam.

Dalam perbandingan di peringkat daerah pentadbiran pula, hanya Petaling di Selangor mencatat nilai Indeks PAKW melebihi rujukan Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah.

“Bagi isi rumah seorang, Petaling mencatat indeks tertinggi pada 103.3 mata indeks, manakala indeks terendah dicatat di Pantu (27.8), Lingga (28.3) dan Sebuyau (29.1).
“Bagi isi rumah dua orang, Petaling kekal tertinggi pada 104.8 mata indeks, manakala indeks terendah dicatat di Pantu (29.9), Lingga (31.0) dan Membakut (31.2),” katanya.

Artikel lain: Negeri Sembilan Dinobat Negeri Paling Progresif, Catat Pelaburan RM7.25 Bilion Tahun 2024

Mohd Uzir menyatakan penerbitan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024 memberikan gambaran menyeluruh mengenai perbelanjaan sebenar yang diperlukan oleh isi rumah untuk mengekalkan kehidupan wajar serta penyertaan bermakna dalam masyarakat di seluruh negara.

Sumber: Harian Metro (Muhamaad Razis Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd