Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sewa Bilik Bersama, Lelaki Bujang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Pada Bulan Ramadan

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di rumah kedai di Skudai, Johor Bahru pagi semalam.

Tangkapan kira-kira jam 11 pagi itu dibuat hasil aduan awam yang memaklumkan pasangan bukan mahram tinggal bersama di premis berkenaan.

Menurut sumber, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mendapati pintu gril di tingkat bawah berkunci. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membuka kunci tersebut dan naik ke tingkat atas untuk pemeriksaan.

“Semasa pemeriksaan, seorang lelaki membuka pintu selepas diketuk beberapa minit. Lelaki berusia lingkungan 20-an itu pada awalnya disangka wanita kerana memakai baju tidur wanita.
“Bagaimanapun, penguat kuasa segera menyedari lelaki tersebut bukan wanita berdasarkan suara, potongan rambut pendek serta identitinya,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Sejurus itu, seorang wanita yang turut berada di dalam bilik ditemui berdiri di belakang pintu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita berusia 20-an dan berstatus janda itu juga bekerja di Johor Bahru di mana kedua-dua mereka dilaporkan kelihatan cemas semasa diperiksa.

Hasil siasatan awal mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri dan mengaku telah menyewa bilik itu bersama-sama lebih sebulan lalu bagi tujuan menjimatkan kos sewa.

“Dia beritahu baru berhenti kerja dan dalam proses mencari kerja baru. Bilik ini disewa RM450 sebulan termasuk api dan air,” ujar hantaran berkenaan.

Foto hiasan: Kosmo!

Semasa soal siasat, lelaki itu menjelaskan bahawa dia memakai baju tidur wanita kerana lebih selesa, manakala wanita menafikan sebarang hubungan suami isteri.

Penguat kuasa JAINJ menegaskan bahawa tindakan tangkapan itu adalah mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor kerana disyaki berkhalwat, dan kesalahan ini diambil serius walaupun berlaku pada siang hari dalam bulan Ramadan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan tindakan seterusnya terhadap pasangan itu, termasuk kemungkinan dikenakan denda atau hukuman mengikut undang-undang syariah negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penguat kuasa turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan agama dan sosial, khususnya pada bulan Ramadan bagi mengelakkan insiden berkhalwat dan perkara yang boleh menjejaskan nama baik individu serta masyarakat.

Sumber: Facebook Lampu suluh Benteras Maksiat JAINJ

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd