Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Setahun Bercinta, Selena Gomez Dan Teman Lelaki Sudah Bertunang

Selepas hampir setahun hangat bercinta, pelakon dan pengasas jenama kecantikan Rare Beauty, Selena Gomez setelah mengesahkan dirinya kini sudah menjadi tunangan kepada penerbit rakaman atau muzik, Benny Blanco.

Gomez, 32, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram dengan menunjukkan jari manisnya yang bersalut cincin bertakhta berlian selain foto mesra bersama Blanco.

Foto: Instagram @selenagomez

“Selamanya…bermula dari sekarang,” tulisnya pada Khamis.

Sementara, Blanco, 36, turut meninggalkan komen pada foto tersebut dengan berseloroh bahawa Gomez adalah isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Eh tunggu dulu, itu isteri saya,” ujarnya.

Foto: Instagram @selenagomez

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai selebriti popular lain termasuk rakan baiknya Taylor Swift, Jennifer Anniston dan Gwyneth Paltrow.

“Ya saya akan menjadi ‘flower girl’ (pengapit),” komen penyanyi Swift.
“Akhirnya, berita baik yang dinanti-nantikan. Sangat gembira untuk anda berdua,” kata pelakon Collins.

Untuk rekod, pasangan tersebut mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu.

Sumber: Instagram @selenagomez

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd