Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Serangan Di Lubnan, Pengunduran MALBATT Bergantung Kepada Keputusan UNIFIL

Pengunduran pasukan pengaman termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang menyertai misi di Lubnan akan diputuskan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) dan persetujuan bersama 50 negara yang terlibat hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun ancaman semakin meningkat di selatan Lubnan, tetapi Malaysia tidak akan mengambil tindakan unilateral atau bersendirian melibatkan penyertaan pasukan MALBATT 850-11.

Foto: Utusan Malaysia

Mohamed Khaled berkata, pasukan pengaman yang menyertai misi tersebut sudah mempunyai plan yang disediakan, jika keadaan meruncing dan semua operasi serta pergerakan adalah di bawah tanggungjawab UNIFIL.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keputusan sama ada undur atau tidak, bergantung kepada keputusan UNIFIL dan juga persetujuan bersama semua negara yang terlibat menghantar pasukan pengaman iaitu seramai 50 buah negara termasuk Malaysia, dan bukan tindakan unilateral kita bersendirian.
“Untuk makluman, Indonesia pun yang mana tentera mereka terlibat cedera akibat serangan Israel, Menteri Luar (Indonesia) membuat kenyataan pada 14 September lalu, mereka akan terus bersama menjayakan pasukan pengaman di bawah UNIFIL. Walaupun cedera, pertama bukan untuk berundur atau menarik diri,” katanya.

Foto: Facebook UNIFIL-PIO

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang mahu tahu keselamatan Pasukan MALBATT di Lubnan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Ikmal turut ingin tahu adakah pasukan MALBATT dibenarkan membuat tembakan balas jika kedudukan mereka diserang oleh Israel.
Menjawab pertanyaan tersebut, Mohamed Khaled menjelaskan pasukan pengaman dibenarkan untuk membalas tembakan bagi tujuan perlindungan diri jika berlaku serangan.
“Maka boleh untuk kita membalas tembakan dan sebagainya tetapi untuk lakukan serangan ofensif adalah tidak dibenarkan.
“Ini kerana peranan dan tanggungjawab UNIFIL adalah sebagai pengaman, tetapi kalau ia diserang, untuk pertahanan diri boleh dilakukan,” ujarnya.

Foto: Malaymail

Mengenai fasiliti dewan bedah pula, Mohamed Khaled memaklumkan ia disediakan oleh UNIFIL dan terletak kira-kira satu jam dari kem MALBATT, selain di kem pasukan Malaysia turut memiliki kemudahan asas merawat pada tahap dua.
Dalam masa sama, beliau berkata pasukan MALBATT juga menjalinkan kerjasama dengan hospital tempatan.
“Dalam soal menyediakan dewan bedah dan sebagainya, maka itu diambil tanggungjawab dan disediakan sendiri oleh UNIFIL. Ia terletak kira-kira satu jam daripada kem kita.
“Manakala di kem kita sendiri, kita ada kemudahan asas untuk merawat peringkat dua. Pada masa sama, kita telah mewujudkan kerjasama dengan hospital tempatan,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd