Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Lagi Kanak-Kanak Meninggal Dunia, Disyaki Alami Strok Haba

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki mengalami simptom strok haba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut, Airiel Syahren Syahrol meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’.

Bapanya Airiel, Syahrol Azmi Mohd Hekak berkata, anaknya mempunyai simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau pada malam Ahad lalu.

Foto: NST

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk. Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.

Bercerita lanjut, dia kemudian menghubungi talian 999 dan disambungkan ke hospital tersebut sebelum ditanya sekiranya anaknya itu mempunyai sawan.

“Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya (demam biasa) juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” ujarnya.

Bapa berusia 42 tahun itu berkata, sekitar jam 7 pagi,  dia menerima panggilan daripada petugas hospital agar membeli lampin pakai buang buat sebelum mendapat panggilan kedua yang memintanya datang segera ke wad.

Foto: Harian Metro

“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.

Pada masa sama, Syahrol Azmi meminta orang ramai tidak mengambil endah sekiranya anak-anak demam kerana perlu mendapatkan rawatan segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, seorang lagi anaknya Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad hospital berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd