Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Senyap-Senyap Tawan Gunung Kinabalu, Foto Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ki membuat para peminat terkejut serta kagum apabila melihat dia berjaya menawan Gunung Kinabalu, Sabah secara diam-diam .

Foto: IG 

Menerusi perkongsian oleh aktor berusia 39 tahun di akaun Instagram miliknya, Min Ki dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan suasana dan pemandangan ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 이 민기 Lee minki (@m.m.minki)

Meskipun gambar tersebut dikongsi tanpa sebarang kapsyen, namun posting pelakon drama siri The Beauty Inside ini menjadi tular apabila peminat-peminat mula membanjiri ruangan komen foto-foto berkenaan.

Beberapa jam kemudiannya, pelakon tinggi lampai ini juga ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan prosesnya sebelum mendaki gunung tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat Min Ki telah merakamkan detik-detik sebelum dan semasa dia menyertai ekspedisi pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara itu beserta dengan sebuah kapsyen ringkas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat tempatan dilihat membanjiri akaun aktor itu dengan rasa teruja dan menyelitkan ucapan selamat datang ke negara ini.

Tau-tau dah di Kinabalu je abang sorang ni..

Dia dah sampai dulu, orang Sabah pun kalah…

Selamat datang ke Sabah dan tahniah kerana sampai ke puncak

Selain daripada membintangi drama siri, Min Ki juga mempunyai beberapa buah filem popular antaranya Very Ordinary Couple, Spellbound dan For The Emperor.

Sumber: Instagram@m.m.minki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd