Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sengaja Langgar Bahu Wanita Di Bazar, Lelaki HIV Mengaku 13 Tahun ‘Kesunyian’

Seorang lelaki yang kantoi sengaja langgar bahu dan menyentuh badan wanita di Bazar Lurah Semantan, Temerloh mengaku 13 tahun menghidap penyakit HIV.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memaklumkan lelaki berusia 41 tahun itu berjaya ditahan oleh orang awam di bazar tersebut sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Sengaja Langgar Bahu

Lelaki HIV sengaja langgar bahu wanita di bazar

Hal ini selepas tiga wanita tampil membuat laporan mengatakan dicabul oleh lelaki terbabi sewaktu mengunjungi bazar berkenaan.

Tiga mangsa yang membual laporan polis hadir membuat laporan setelah klip video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita di tapak bazar tersebut menjadi tular di media sosial TikTok setelah ianya dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai @zackrazbundle.
“Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan telah dicabul oleh suspek pada 6 Mac manakala mangsa kedua berusia dan ketiga, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun pula pada Isnin lalu,” katanya.

Lelaki HIV Mengaku

Artikel lain: Peniaga Bazar Jalan TAR Minta DBKL Bertanggungjawab, Khemah Niaga Musnah Angkara Ribut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki HIV sengaja langgar bahu wanita mengaku 13 tahun hidap HIV

Beliau memaklumkan yang kesemua mangsa memberitahu bahawa suspek secara kasar telah melanggar badan dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung mereka menggunakan tangan.

Suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam kes itu dan memberi alasan sudah lama tidak bersama dengan wanita memandangkan menghidap penyakit HIV.

“Suspek mengakui terlibat dalam kes yang disiasat dan memberikan alasan sudah lama tidak bersama wanita selepas menghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu.
“Modus operandi adalah berjalan kaki dan dengan sengaja melanggar badan mangsa serta menyentuh bahagian badan,” ujarnya.

Video tular di media sosial

Polis telah mengklarifikasikan kes ini di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap suspek yang memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Terdahulu, tular di media sosial apabila pengguna TikTok dikenali sebagai @zackrazbundle memuat naik video sewaktu seorang lelaki berbaju biru dengan sengaja melanggar wanita yang berada di bazar bagi membeli juadah berbuka puasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@zackrazbundle

Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen

♬ original sound – Zack – Zack

Dalam hantaran yang dibuat, dia telah meninggalkan kapsyen memberi peringatan kepada orang ramai khususnya wanita supaya menjauhkan diri daripada individu tersebut kerana dilihat mencurigakan.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi), TikTok zackrazbundle

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd