Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Semua Ahli BLACKPINK Setuju Perbaharui Kontrak Dengan YG Entertainment

Kesemua ahli kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK bersetuju untuk perbaharui kontrak bersama agensi YG Entertainment.

Menurut laporan Allkpop, perkara tersebut disahkan oleh YG Entertainment yang mendedahkan keempat-empat ahli BLACKPINK iaitu Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo bersetuju untuk berkhidmat di bawah agensi tersebut.

BLACKPINK perbaharui kontrak

Artikel lain: Tolak Kontrak YG Entertainment, Lisa BLACKPINK Terima Tawaran Agensi Luar Negara?

“Kami telah berjaya mencapai persetujuan dalam lembaga pengarah kami mengenai menandatangani kontrak kumpulan eksklusif untuk keempat-empat ahli BLACKPINK,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila tiga ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Lisa, Jisoo dan Jennie dilaporkan tidak memperbaharui kontraknya bersama YG Entertainment.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Rose menjadi satu-satunya ahli yang akan terus bekerjasama dengan agensi tersebut namun, mereka akan terus bersama sebagai kumpulan Blckpink meskipun berada di bawah pengurusan yang berbeza.

Malah, ada juga khabar angin mengatakan pada 14 September lalu, penyanyi lagu Money, Lisa menerima tawaran daripada agensi hiburan dari luar negara termasuklah negara asalnya, Thailand.

Difahamkan, jumlah tawaran dari luar negara adalah lebih besar berbanding YG Entertainment yang hanya meletakkan 37.7 juta USD bersamaan RM176,511,400.

Sebelum ini, BLACKPINK mengakhiri jelajah dunia mereka ‘Born Pink pada bulan September yang berjaya menarik lebih 1.8 peminat yang mengagumkan dimana menjana hampir 300 bilion won.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Allkpop

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd