Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sempena Ambang Tahun Baharu 2024, Rapid KL Lanjut Waktu Operasi

Sempena ambang tahun baharu 2024, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan lanjut waktu operasi perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL.

Keputusan itu dilakukan untuk memenuhi keperluan warga ibu kota yang menghadiri sambutan itu di sekitar ibu negara.

Rapid KL lanjut waktu operasi

Artikel lain: Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Pengangkutan Awam, Tapi Digalakkan -Anthony Loke

“Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL. Ini termasuk tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.
“Stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT akan dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT melibatkan laluan Kelana Jaya iaitu KLCC, Masjid Jamek; laluan Ampang/Sri Petaling di Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri; Laluan Monorel di Bukit Bintang; Laluan Kajang di Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri; MRT Laluan Putrajaya di TRX; BRT Laluan Sunway di Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang boleh keluar dari stesen terlibat bagi meneruskan perjalanan berikutnya.

Dalam pada itu, Prasarana menyarankan kepada orang ramai untuk menggunakan kad Touch n Go bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan sistematik.

“Bagi pengguna token, anda digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen. Rapid KL akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan membantu melancarkan perjalanan anda.
“Bagi keselesaan pengguna, kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula jam 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.
“Rapid KL menyarankan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baharu,” katanya.

Sumber: Prasarana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd