Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Pengangkutan Awam, Tapi Digalakkan -Anthony Loke

Menteri Pengankutan Awam, Anthony Loke memaklumkan yang tak wajib pakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam tetapi tindakan tersebut amat digalakkan.

Galakkan orang ramai pakai

Memetik laporan dari Bernama, Anthony Siew Fook menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam susulan daripada lonjakan kes positif Covid-19 negara sejak kebelakangan ini.

“Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri (berkaitan hal ini).
“Setakat ini, tidak ada kewajipan (memakai pelitup muka semasa berada dalam pengangkutan awam), kita hanya menggalakkan. Jadi, itu terpulang kepada penumpang atau orang ramai,” katanya.

Tak wajib pakai pelitup muka kecuali pesakit Covid-19

Sekitar Julai lalu, pemakaian pelitup muka sudah tidak diwajibkan lagi di dalam kenderaan awam kecuali kepada pesakit Covid-19.

Namun begitu, sewaktu sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang keadaan semasa kes Covid-19 di Malaysia yang masih terkawal walaupun ada peningkatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi ia sama sekali tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan Covid-19 KKM.

Artikel lain: Tiada Keperluan PKP Buat Masa Ini Walaupun Lonjakan Kes Covid-19

Kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes Covid-19.

Kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd