Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sempat Wukuf Di Arafah, Enam Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Tabung Haji (TH) melaporkan terdapat enam kematian baharu sekali gus menjadikan 14 jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia setakat semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memberitahu bahawa keenam-enam jemaah yang meninggal dunia baru-baru ini sempat berwukuf di Arafah.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengucapkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa sekali gus menyeru orang ramai untuk mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enam jemaah haji terlibat termasuklah allahyarham Bawi Solek, 75, dari Sarawak yang menghembuskan nafas terakhir pada 17 Jun kerana serangan jantung.

Selain itu, allahyarham Hassan Matasil, 74 dan Madon Mohamed, 71 yang meninggal dunia pada hari sama, 18 Jun akibat masalah jantung.

Foto: Gambar Hiasan

Manakala tiga lagi jemaah iaitu Roba’ayah Yusoff, 71, Syed Abu Hassan Basri Syed Ahmad, 74, dan Nik Noor Azlinna Noor Basir, 54 yang masing-masing meninggal dunia kerana serangan jantung serta jangkitan kuman pada darah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau berkata, 79 orang jemaah haji Malaysia kini berada di Pusat Rawatan TH manakala tiga di Klinik Kecemasan Janadriyah dan seramai 12 pesakit sedang dirawat di Hospital Arab Saudi.

Foto: Sinar Harian

Untuk makluman, lebih 550 orang jemaah haji seluruh negara yang dilaporkan telah kembali ke rahmatullah dimana kebanyakan mereka dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok haba berikutan suhu panas ekstrem di Tanah Suci Mekah.

Sumber: Sinar Harian (Riswandi Razak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd