Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seminar Ilmiah MYDJ Bersama Dr. Jue Tingkat Kesedaran Masyarakat Mengenai Diabetes

Seorang pakar kesihatan holistik, Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue telah berjaya menganjurkan sebuah seminar ilmiah mengenai diabetes, iaitu Seminar Manage Your Diabetic With Dr Jue (MYDJ) dibawah naungan D’Jue Wellness yang telah berlangsung di Shah Alam pada 30 November lalu.

Ramai rakyat yang masih tidak menyedari bahawa mereka sudah berada dalam tahap pra-diabetes, yang merupakan tahap awal sebelum seseorang didiagnosis dengan diabetes. 

Ilmu diabetes apa Dr. Jue kongsi bersama peserta?

Menerusi seminar ilmiah ini, Dr. Jue berkongsi cara bagaimana mengesan punca, tanda awal dan kesan negatif diabetes jika tidak dirawat.

Justeru itu, beliau amat menggalakkan masyarakat untuk mengubah amalan pemakanan, seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang sering menjadi penyebab utama peningkatan paras gula dalam darah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui seminar ini juga, Dr. Jue turut membahas mengenai penggunaan ubat-ubatan dalam pengurusan diabetes seperti keberkesanan rawatan farmasi, sambil menekankan bahawa perubahan gaya hidup adalah kunci utama dalam mengawal diabetes.

“Penyakit diabetes boleh reverse dan kita perlu tahu cara tepat untuk membantu diri kita sendiri. Jadi kita buat seminar ini dan saya ajar para peserta tentang sebelas protokol yang merangkumi cara pemakanan, gaya hidup dan amalan yang baik untuk reverse diabetes,” katanya.

Reaksi peserta menghadiri seminar MYDC

Zainab Ahmad, 53, penghidap diabetes GDM sejak 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital menyatakan bahawa dia pernah menjalani diet sendiri tanpa sebarang ilmu tetapi paras gulanya meningkat. 

Ekoran itu, setelah menjadi salah seorang peserta MYDC, dia telah belajar menegenai ilmu reverse diabetes dengan lebih lanjut bersama Dr. Jue.

“Saya mengetahui mengenai Dr. Jue ni dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar mengenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut” kongsi Zainab.

Manakala, Suzana Ibrahim, 52, yang telah mengidap diabetes hampir dua tahun memaklumkan bahawa dia telah banyak mempelajari protokol pemakanan dan senaman yang boleh mengawal penyakit diabetes dengan cara yang tepat. 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Banyak ilmu yang saya pelajari dalam seminar ini terutama protokol pemakanan dan senaman yang perlu dilakukan, dan pasti saya akan amalkannya untuk kesihatan lebih baik” jelasnya.

Harapan Dr. Jue terhadap D’ Jue Wellness

Sementara itu, Dr. Jue menitipkan harapan agar lebih ramai lagi masyarakat khususnya pesakit diabetes yang akan turut serta dalam seminar MYDJ ini pada tahun akan datang.

Beliau berkongsi harapannya untuk masa depan D’Jue Wellness agar dapat menganjurkan lebih banyak program pendidikan kesihatan yang meluas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan penyakit diabetes. 

“Saya harapkan lebih ramai pesakit dapat menyertai seminar akan datang untuk lebih faham mengenai penyakit diabetes ini dan saya sasarkan lebih ramai pesakit tahu bagaimana cara reverse dengan protokol yang saya terangkan” ujarnya lagi.

Bagi anda yang berminat menyertai seminar ini atau mengetahui servis di D’Jue Wellness dengan lebih lanjut, boleh layari www.djuewellness.com.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd