Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sembilan Individu Islam Ditahan JAINJ Atas Kesalahan Minum Arak, Parti Buih

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjalankan operasi di sebuah hotel di Taman Perling melibatkan penahanan sembilan individu Islam yang terlibat dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

JAINJ

Foto: Facebook Mohd Fared Mohd Khalid

Menurut laporan Buletin TV3, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi tersebut dijalankan dari jam 11 malam hingga 3 pagi selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti di sebuah kafe dalam hotel berkenaan.

Artikel lain: Johor Wajibkan Lelaki Islam Tutup Premis Perniagaan Semasa Solat Jumaat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan ke atas 29 individu beragama Islam yang terdiri daripada pekerja dan pengunjung mendapati sembilan orang termasuk empat warga Indonesia telah didapati positif alkohol.

“Sembilan daripadanya terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, termasuk empat warga Indonesia didapati positif alkohol ,” katanya dalam kenyataan.

Foto: JAINJ

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 kerana kesalahan minum minuman yang memabukkan.

“Enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan,” jelasnya.

Dalam operasi berasingan di daerah lain, seramai 12 individu ditahan dengan masing-masing dua orang di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat, manakala enam lagi ditahan di Kulai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua kes khalwat tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 27(1)(2) EKJSNJ 1997.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd