Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seluruh Negara Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Sehingga Ahad – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk akan melanda selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk yang terdiri daripada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku terutamanya pada sebelah petang sehingga ke awal malam.

Foto sekadar hiasan

“Sepanjang tempoh tiga hari tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan, dengan taburan hujan yang berterusan pada sebelah pagi hingga petang dan petang hingga ke tengah malam.
“Dalam pada itu, cuaca lembap dan hujan juga berpotensi melanda kebanyakan tempat di negeri Sarawak terutamanya Kapit dan Limbang serta kawasan pedalaman dan Pantai Barat di Sabah,” kata MetMalaysia.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Oleh yang demikian, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sumber: Kosmo! Online (Atiq Maisarah Suhaimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd